Saturday, October 4, 2008

Artikel Pilihan
Malaysiakini-krasi: Media Baru dan Wacana Demokrasi(22 Mei 08)
Pada 13 Mei yang lalu, saya diundang untuk membentangkan kertas kerja mengenai”Dunia Siber: Fakta atau Fitnah” di Konvensyen Belia Kebangsaan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Panelis lain yang turut mengambil bahagian dalam pembentangan itu ialah mantan Menteri Besar Selangor, YB Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, dan blogger Puan Nisah Haron.Dalam pembentangan tersebut saya melihat bahawa dunia siber pada hari ini boleh mengandungi kedua-duanya - fakta atau fitnah. Tentu sekali setiap bahan yang dimuatkan di blog, laman web, emel - malah di mana-mana jua - dipaparkan sebagai ”fakta”. Hanya pembaca yang cermat dan berpengetahuan boleh membezakan antara fakta dan fitnah. Lebih-lebih lagi dalam era politik demokrasi dan kebebasan bersuara pada hari ini dunia siber menjadi medan untuk seseorang mengenengahkan pandangan mengenai sesuatu isu bagi mempengaruhi orang lain. ”Fakta” seringkali dipaparkan secara selektif untuk menyokong satu sudut pandangan.
Siri Tafsir Maudhuiy ke-52 : Memugar Idealisma Qurani: Keteladanan Pemuda Kahfi



Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Kolej Dar al-Hikmah.Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.Dan Kami telah meneguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.Kaum kami telah menjadikan selain Dia tuhan-tuhan (untuk disembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?Al-Kahf:13-15

Pemuda Kahfi adalah sekumpulan pelaku sejarah yang mengabadikan keunggulan iman, kecerdasan akal, keberanian bersikap dan bertindak Mereka bangkit melepaskan diri daripada belenggu budaya dan tradisi pembodohan: penguatkuasaan dan pemaksaan amalan menyembah berhala, budaya warisan yang dipertahankan dengan setia tanpa dipersoalkan rasionalitinya, tanpa dipertanyakan kerelevanannya.
Fitrah insani yang masih dimiliki tujuh pemuda Kahfi itu tidak dapat menerima agama dan budaya yang tidak serasi dengan kesejatian sifat keinsanan yang memang tercipta dalam acuan tauhidik - kecenderungan fitri kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa dan Maha Sempurna. Akal sihat pemuda Kahfi tidak dapat menerima faham yang tidak rasional. Kemampuan dan keberanian berfikir kritis-evaluatif telah menghasilkan keberanian bersikap - menolak kesesatan yang telah begitu lama membudaya dan mencari alternatif yang benar dan meyakinkan.
• Fitrah insani yang masih dimiliki tujuh pemuda Kahfi itu tidak dapat menerima agama dan budaya yang tidak serasi dengan kesejatian sifat keinsanan yang memang tercipta dalam acuan tauhidik - kecenderungan fitri kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa dan Maha Sempurna.• Akal sihat pemuda Kahfi tidak dapat menerima faham yang tidak rasional. Kemampuan dan keberanian berfikir kritis-evaluatif telah menghasilkan keberanian bersikap - menolak kesesatan yang telah begitu lama membudaya dan mencari alternatif yang benar dan meyakinkan.• Ketulusan mencari kebenaran mendapat perhatian dari langit. Pemuda Kahfi mengalami pencerahan hidayah, lalu menemukan hakikat tauhid, Tuhan yang hakiki hanyalah Allah, satu-satunya Pencipta, Pemilik dan Penguasa langit dan bumi seisinya. • Kebenaran adalah kurnia istimewa yang paling berharga dan membanggakan. Pemuda Kahfi membuat deklarasi tauhid, suatu keberanian yang tercetus dari kekentalan iman dan kebanggaan memilikinya. Motifnya bukan sekadar ingin membuat kejutan atau bangga dengan sikap berani berbeza, tetapi secara tidak langsung menyedarkan masyarakat agar berfikir, mengaktifkan akal sihat yang selama ini beku terbelenggu dalam budaya “dikir barat” - sebut apa sahaja yang disebut oleh “tukang karut” termasuk segala karut dan carutnya. Memang deklarasi tersebut cukup menggemparkan. Mungkin kejutan seperti itulah yang diperlukan oleh masyarakat yang telah lama kehilangan daya fikir dan kematian idealisme untuk membangkitkan akal yang tidur dan menghidupkan hati yang mati.• Deklarasi tauhid pemuda Kahfi segera dirasakan sebagai gugatan terhadap kemapanan dan kestabilan serta ancaman terhadap pihak-pihak yang berkepentingan. Raja yang selama ini ikut di”berhala”kan bertindak memberikan kata dua: rujuk ke tradisi datuk nenek, atau hadapi tindakan brutal pihak penguasa. • Berani bersikap, harus berani menghadapi risikonya. Demikianlah iman tulen pemuda Kahfi yang mendapat pengakuan dari langit,”…sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk buat mereka.” Pengakuan Ilahi tersebut sekaligus mengungkapkan hakikat hubungan erat iman dengan petunjuk; semakin menguatnya iman, semakin bertambah kebenaran yang menyerlah, termasuk petunjuk Ilahi tentang bagaimana mengurus diri di tengah kemelut pertentangan yang mereka alami. • Demi iman dan kebenaran, pemuda Kahfi bersumpah setia mempertahankan pendirian tauhidik dan berusaha menghindari tindakan teror penguasa dengan bersembunyi di gua. Mereka menghilangkan diri, tetapi deklarasi tauhid mereka tidak ikut menghilang. Deklarasi keramat itu tinggal di tengah umat sebagai benih kesedaran.• Di tengah ribut memburu dan mengesan jejak pemuda Kahfi, mereka damai dalam limpahan rahmat Allah. Gua gelita yang sempit dan kasar - berkat taburan rahmat - terasa bagaikan kamar nyaman sehingga mereka tertidur nyenyak selama tempoh yang cukup lama. Sementara itu masyarakat telah berubah. Benih iman dan akal rasional yang mereka tinggalkan telah hidup subur dan tersebar luas meliputi seluruh strata: raja dan massa. Ketika itulah mereka sedar, lalu menyaksikan perubahan dan merasakan penghormatan umat generasi baru yang tahu menilai kebenaran, kerasionalan dan keberanian bersikap benar.
Next >
[ Back ]
Bicara Haraki
Peranan dan Sumbangan Lulusan Mesir dalam Masyarakat Melayu
Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran
Alam Melayu Sebagai Model Peradaban Islam : Peranan Pelajar Lulusan Mesir
Nuzul al-Quran
Menyelami Rahsia Puasa Sebagai Kewenangan Ilahi Rumusan Penelitian Wibawa Silam*
Bimbingan Rohani
Kikis Sikap Fanatik Pemikiran
Gagasan Sa`id Hawwa Tentang Al-Sayr Ila ‘llah (Perjalanan Mendekati Allah): RUmusan Dan Ulasan
Muharram Dalam Kalender Hijriah
Peranan Belia Dalam Peristiwa Hijrah
Sejarah Haji
Tafsir Maudhuiy
Siri Tafsir Maudhuiy ke-52 : Memugar Idealisma Qurani: Keteladanan Pemuda Kahfi
Penafsiran al-Quran : Kaedah dan Penghayatan
Unity of the Ummah
Tafsiran Surah As-Saf
Surah Muhammad : Pengajaran dan Perspektif Untuk Para Du’at
Fiqh Ad-Dakwah
Pemerkasaan Ilmu Asas Dakwah Manhaj Maliziy: Perspektif Abim
Jihad Bukan Berperang Semata-Mata
Sistem Tarbiyyah ABIM : Satu Pengenalan
Strategi Menghadapi Cabaran Baru Global
Tajdid Sebagai Strategi Dakwah
Isu Semasa
Wawancara bersama Dr Said Ramadhan Al Bouty
Belia Hari Ini Wajah Negara Masa Hadapan
SIRI 1: Pertubuhan Sukarela Islam Dan Pembinaan Negara Bangsa
Wawancara bersama Dr Said Ramadhan Al Bouty
Kontemporari
Islam Dalam Dimensi Perjuangan Umat Islam Melayu
Sejarah Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(23 Julai 2008)
Is It Racist to Talk About Race?
Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama
Malaysiakini-krasi: Media Baru dan Wacana Demokrasi(22 Mei 08)
Pemikiran Al-Qaradawi
(Siri 5) - Al-Qaradawi
(Siri 6) - Keistimewaan al-Qaradawi
(Siri 3) - Sejarah Hidup dan Pemikiran
(Siri 2) - Sejarah Hidup dan Pemikiran
(Siri 4) - Sejarah Hidup dan Pemikiran
Jejak Ulamak
Muhammad Imarah (1931- kini): Pemikir Islam Yang Unggul Dari Mesir
Pemikiran Abu Hassan Ali al-Nadwi (1914-1999M) : Satu Tinjaun Ringkas
Muhammad al-Ghazali (1917-1996M) : Pemikir Dakwah dan Pembela Islam.
Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998M) : Tokoh Tafsir Mesir abad 21
Dr Yusuf Musa (1899-1963m): Ulamak Reformis Dan Ahli Falsafah Al-Azhar

No comments: